Sunday, 9 November 2014

Assalamualaikum...hai semua..harap2 semuanya sihat hendaknya..

semalam group saya ada menganjurkan program PROGRAM SEMINAR REMAJA MUSLIM. Seronok betul. Seronok sehingga saya juga ingin menceritakan pada korang apa yang saya dapat dalam majlis ilmu tersebut. selain itu dapat juga, nanti pada masa hadapan bila saya alpha dan jauh saya boleh membaca apa yang saya tulis dekat sini.

pada 8.11.2014 bersamaan sabtu,14/muharam, dai' Wan, ustaz kharul Nizam, dan Imam Muda Azhar memenuhi masa kami dengan peringatan dari mereka. buat kali pertama dapat bersua dengan dai Wan rasa macam nak menjerit macam filem korea, tapi mana boleh,haha cover sikit, tercalar diri pula nanti depan Dai' Wan. Siapa tak tergugat Hensem. tapi umurnya baru 21 tahun dan saya baru 22. walaupun umur sama, tapi ilmunya jauh lebih tinggi. dia menyampaikan ceramah ape yang lalu di fikiran dia cakap. sempoi je..naik turun pentas kerja dialah tu. antara pengisian slot dia ialah:

-Setiap kali berhadas ambil wuduk,azan 5 kali sehari(solat diawal waktu),solat sunat 2 rakaat.
- orang yang bangun untuk solat isyak dan subuh adalah orang yang layak untuk dihormati.
- nak baiki Akhlak kena baiki solat,dan baiki wuduknya.
- dengan bersolat,akan jadikan seseorang itu lebih focus, berdisiplin dan rendah diri. 
-Tanda solat kita sebenarnya kosong dan takde apa-apa, jika kita tidak berdisiplin,dan tidak menepati masa.
- solat dapat mencegah kita daripada munkar
- kita kena faham apa yang kita baca.
- 3 cara nak kenal hati kita kosong:

  •        lepas solat takde rasa nak duduk berzikir.
  • lepas baca Al-Quran, hati tak rasa ape2.
  • ? tak ingat ape huhu..   
- sesiapa yang buat kerja baik,segala kebaikan akan datang pada kita.
- bukan Allah punca hati kita keras, tapi kitalah puncanya.
-tak fahami maksud dalam solat takde makna.
- doalah pada Allah jadilah orang yang bermanfaat.
- Jangan jadi orang yang tak datang mintak pada Allah. 
- Al-Quran umpama mata,petunjuk jalan yang membawa rahmat.
- lagi bagus hafal ayat Al-quran yang ada kena mengena dengan kita. barulah kita rasa ianya bermanfaat buat kita.
- waktu yang paling penting adalah waktu sekarang
- pekerjaa yang paling penting ialah pekerjaa yang baik.


lepas abes je dia bagi ceramah kitaorg ramai2 tangkap gambar dengan dai' wan sangat seronok.


slot yang kedua bersama dengan dr khairul Nizam daripada fpqs usim.
=> apa yang Allah janji pasti akan berlaku
=>kita akan duduk dekat ahirat dengan seseorg yang kita sayang. Sayang Rasulullah dapatlah duduk dengan Baginda InsyaAllah
=>Just Doa anytime and anywhere.
=>orang yang masukkan burger dalam hati, maka hidupnya adalah burger..so janganlah jadi macamtu ya..
=>kita kena berusaha membaca hadis Rasulullah sebanyak mungkin,
=>peribadi kita sekarang adalah bergantung kepada role model kita siapa? role model baik maka baiklah, jika tidak sebaliknya lah.
=>masukkanlah Rasulullah dalam hati kita,doa supaya dalam hati senantiasa ada Rasulullah,parents dan keluarga. banyakkan berselawat ke atas Rasulullah.

lepas je habis dengan ustaz khairul nizam kitaorg pun rehat2 makan tengah hari.. sedapnya lauk dia, lauk ayam masak lemak..sehingga menjilat jari. ^^..


dalam pukul 2.30 sesi bersama dengan imam muda Azhar. umur dia sekarang 26. ingat dah kahwin tapi belum lagi.. hensem pun hensem. tegas orangnya. luas ilmunya ^^ . bertalaqi dengan syeikh nuruddin yang amat menekankan adab-adab.

antara pengisian bersamanya ialah: 
  • buat sesuatu mestilah dengan niat yang betul
  •  pakaian yang mulia adalah pakaian yang mengikut syara'
  • orang yang terasing iaitu orang yang mengasingkan diri daripada perkara yang dilarang oleh agama adalah orang yang beruntung.
  • munkar bermaksud sesuatu yang dipandang hina oleh syara'
  • buat baik Allah balas,buat jahat pun Allah balas.
  • remaja yang hebat,remaja yang kenal diri sendiri.
  • kita kena fahami asas akidah 
  • kita sebagai orang Islam takleh hukum sesuatu dengan akal.
  • tanda orang munafik ialah susah untuk menunaikan solat isyak dan Subuh.
  • elakkan memandang najis tak elok..jika tengok selalu..muka kita akan jadi pucat. melaikan jika ada keperluan.
  • siapa yang kenal Allah, maka dia kenal dirinya sebagai hamba Allah.
  • amalan baik kita hilang,sebab takde ikatan dengan Allah Taala.
  • nak kenal seseorang itu peribadinya hebat,lihat bahasanya.jadi hijrahlah bahasa kita menjadi bahasa yang baik.
  • satu istiqamah lebih baik dari 1000 qaramah.
  • solat tahajjud 
  • Allah mengangkat orang yang beriman disisinya
  • 3 ilmu yang wajib kita tahu:
    -ilmu kenal Allah
    - ilmu feqah
    -tasawwuf(akhlak)- takwa,sabar,warak dan fakir.
  • jangan ada sifat takabbur dalam diri,semua milik Allah.
  • menghidupkan sunnah nabi, dapat pahala syahid.
  • kita kena jadi orang yang belajar sentiasa sehinnga ke liang lahad.
  • taubat bukan menyanyi lgu taubat je, akan tetapi kena taubat yang sebetu-betulnya iaitu menyesal.
  • rukun taubat ada:
    1. menyesal
    2.meninggalkan terus perbuatan.
    3.azam tidak mahu buat lagi
    4. jika ianya barang yang dipinjam, pulangkan balik.
  • hidupkan dalam diri kita solat malam dan ibadah.
  • 4 perkara yang dipandang tak perlu niat untuk dapat pahala:
    - pandang Al-Quran
    -pandang kaabah
    -pandang wajah mak abah
    -pandang wajah guru
    (maka sesiapa yang merasakan dirinya sempit, berbanyaklah melihat kaabah)
  • tengok gambar yang baik dapat pahala, tengok gambar/video tak baik apetah lagi..insaflah
  • tiada semangat untuk tuntut ilmu maka pandanglah Al-Quran
  • berdoalah kita untuk parents, dan minta mereka mendoakan kita juga.
mudah-mudahan ianya dapat memberi kebaikan amiiiiinnnn.. =) =P ^^

Saturday, 24 May 2014

pemergian maziah tersayang ke pangkuan Allah Maha Besar

22/5/2014

assalamualaikum..pemergian adik sedaraku yang tercinta..kembalinya dia ke pangkuan Allah. Seorang yang happy go lucky,ceria dan tabah mengharungi kesakitan yang dialami. Maziah ateh minta maaf sebab tak dapat nak jaga maziah waktu dekat hospital dan lama tak telefon maziah. Maafkan ateh ya..al-fatihah. ateh nak maziah tahu yang ateh sayang maziah sesangat. Allahlah lebih tahu apa yang maziah rasa. Maziah adik ateh yang paling baik. ateh maafkan maziah dalam pada ateh tak sedar ataupun tidak dan harap maziah juga maafkan ateh.Nanti insya Allah kita jumpa dekat sana eh =).. sayang maziah selalu muah3...

maziah jangan risau akan ada orang yang selalu doakan maziah..ateh,mak,maksom,abang amir,abg jiji,kak maya,kak siti,along, angah, ude, nawa, adik n ramai lagi..

mak selalu pesan kat ateh kalau kita teringatkan orang tu hadiahkan al-fatihah untuk org tu... al-fatihah..

birthday maziah = 4/12/1993

Wednesday, 26 March 2014

assalamualaikum aritu atikah ada tengok satu video..pengajaran yang saya boleh dapat daripadanya adalah :

1.kita hidup di dunia ini mesti kena tahu hakikat iman :
  •    al-faqr
        kita hidup di dunia tidak memiliki apa-apapun. semuanya adalah pinjaman daripada Allah untuk          kita.
  • al-ajz
     merasakan diri sangat lemah. oleh kerana itu kita mestilah selalu memperbaiki diri kearah redha allah.
  • asy-syafaqah
     berasa empati terhadap orang lain.
  • at-tafakkur
    sentiasa memikirkan kehebatan Allah Taala.


2. kematian itu adalah permulaan kehidupan yang abadi - (jalaluddin Rumi)
   

3.cara didikan anak soleh dan solehah
  • nama yang baik2 =)
  • terapkan wawasan ummatik dari sekarang
  • menekankan adab 
  • menghayati al-Quran
  • memelihara solat wajib dan menunaikan solat tahajjud sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • pelajari ilmu yang diperlukan umat pada waktu sekarang.
  • menguasai bahasa asing contohnya bahasa turki ,arab dan inggeris.

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------
apa ada pada adab ya?
   adab itu mendidik kita berakhlak.berakhlak itu indah.Dengan berakhlak baik Allah dan manusia akan         senang dengan kita.na kberamal dengan akhlak yang mulia kita kena BERSABAR dan IKHLAS.Jangan sesekali kita memandang rendah pada orang lain seperti orang gila atau peminta sedekah sebab kita tak tahu pandangan Allah padanya mungkin lagi tinggi darjatnya pada kita. namun zaman sekarang sukar nak tengok orang yang berakhlak baik termasuk saya sendiri.

contohnya:

1.minta maaf bila melakukan kesalahan
2.tutur kata yang baik semasa berjumpa dan bukannya keluar perkataan yang menyindir
3. senyum dan ucapan salam sukar diamalkan padahahal Allah memberikan ganjaran pahala padanya.
4.berasa ihsan pada orang lain.


inilah antara kekurangan yang perlu diperbaiki oleh saya terutamanya ^^.














Friday, 22 February 2013


     #sesuatu itu merupakan akhlak kita kalau kita buat tanpa pertangguhan dan tanpa ada rasa paksaan untuk melakukannya..tapi untuk mendapatkan keperibadian akhlak yg baik dalam diri kita,kita hendaklah berlatih(tadrib/riadhah) akan diri untuk melakukan akhlak yang baik tersebut contohnya yg paling senang sedekah...sedekah pada sesetengah orang ianya rumit..tapi ia boleh dilatih dgn sbg contoh meletakkan gula2 dalam pocket baju ..bila jumpa orang kita boleh hulurkan gula2 tersebut kepada mereka..ada juga sesetengah orang dia tahu dia kedekut dia latih diri dia dgn letakkan beras dlm kereta and after back from someone's houses dia beri beras tersebut kepada orang rumahtu..
akhlak::akhlak:: n akhlak:: tanpa akhlak manusia akn susah hidupnaya hubungan dgn Allah,diri sendiri,sesama man dan dgn benda yg x bernyawa.
::pembelajaran dalam kuliah akhlak dan tasawwuf 19/2/2013::


#dalam perbincangan dua hala macam dalam sesi kaunseling(antara kaunselor dan seorang customernya), orang yang mendengar tidak digalakkan iaitu kerap menggunakan perkataan "saya faham" "saya dengar"..sbb customer akan merasa tidak selesa untuk bercakap ataupun meluahkan perasaannya kepada kaunselor..

ilmu yang berguna untuk kita memperbaiki akhlak kita terutamanya saya =)

ALOHA <3 <3 <3

Tuesday, 5 February 2013


‎>>> Aku Mencintaimu Dalam Diam

Sesungguhnya yang mendatangkan rasa cinta ini, yang mendatangkan rasa kagum ini, yang memekarkan hati ini adalah dari-Nya. Sungguh aku hanya bisa menerimanya. Aku hanya bisa pasrah tertegun tak bisa mengelak atas perasaan ini padamu.

Tertegun dalam keindahan akhlakmu. Tertegun dalam manisnya lisanmu. Tertegun dalam tenangnya pandanganmu. Dan tertegun pula dalam kesejukan nasehatmu. Semua begitu sempurna, sungguh sempurna. Sesempurna sesuai firman-Nya.

Aku yang mengagumimu dalam diam. Utuh tak tersentuh. Seperti mentari yang menyapa bunga-bunga bermekaran. Tak pernah menyentuh namun cintanya terasa bagi kuntum-kuntum bunga yang sedang bermekaran itu.

Karena aku mengagumi maka izinkan aku tak mengusik khusyunya ibadahmu. Izinkan aku tak mengusik ketenangan hatimu. Tak mengapa aku tak bertegur sapa denganmu. Cukuplah bagiku menyapamu dalam doa-doaku.

Cukuplah bagiku tersenyum lezat melihatmu bahagia. Cukuplah bagiku menyebut namamu dalam hamparan sajadahku.

Aku yang tersentuh akhlak muliamu, aku yang terkagum lekat dalam sikapmu, mencintaimu dalam diam mungkin lebih baik bagi diriku dan dirimu. Lebih mulia bagi perasaanku dan perasanmu. Lebih menjaga kehormatanmu. Lebih menjaga kemuliaanmu. Maka izinkan aku, hai engkau yang begitu mulia, izinkan aku mencintaimu dalamn keikhlasan karena aku tak pernah tau apakah engkau yang tercatat dalam lauful mahfudz untukku?

Karena aku tak pernah tau adakah balasan darimu untukku. Biarlah kuasa Allah yang menggerakan hatimu untukku.

Bukan karena mencintaimu dengan diam aku akan menderita. Bukan karena mengagumimu dengan diam aku akan merana.
Namun, ketika ku artikan cinta itu pada sisi kehadiran dan kebersamaan denganmu. Maka itu lah penderitaan yang sesungguhnya.

Aku yang mencintaimu dari kejauhan. Walaupun sungguh aku merasa sangat dekat denganmu.

Biarlah aku dekap rapat perasaanku ini. Biarlah aku tutup rapat hingga Allah mengizinkan pertemuan kita. Namun jika memang engkau bukan tercatat untukku. Jika memang engkau hanya hiasan duniaku yang sementara, sungguh aku yakin Allah akan menghapus cinta dalam diamku padamu. Allah akan menghilangkan perasaanku untukmu. Dia akan memberikan rasa yang lebih indah pada orang yang paling tepat. Begitulah kuasa-Nya. Begitulah Dzat yang membolak-balika n hati hamba-Nya.

“Ketika aku tak lagi terkagum denganmu, maka pahamilah jejakku.. Karena mungkin, aku pernah menulis tentangmu dan meyapa namamu dalam tiap untaian doaku”

::copy n paste::

https://www.facebook.com/kata2hikmah.new..

_____________________________________________________________________________________________
by the way lagu ni pun best sesangat..

>BICARA HATI.<
Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku
Hanya untukmu
Setiap rinduku nyata pada mu
Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata pada ku
Chorus:
Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu
Ulangi Chorus:
Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu..wooo..
Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Aku akan selalu ada dihati mu
Dan kau untuk aku selamanya..
Pinjamkan hati mu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasih ku hanya untukmu
Setiap rinduku nyata padamu…

http://cikmin.com/2012/01/ost-dan-lirik-lagu-bicara-hati-lena/
_____________________________________________________________________________________________

assalamualikum..sekarang tgh bercuti dekat umah along..mak suruh temankan along jaga baby.semua orang busy jadik sayalah yang kena jaga n temankan..bestkan dengar lagu bicara hati..maksud dia mendalam tul..ayat2 dari kata2 hikmah tu sebijik macam perasaan saya pada orang yang saya suka dalam diam.