Sunday, 9 November 2014

Assalamualaikum...hai semua..harap2 semuanya sihat hendaknya..

semalam group saya ada menganjurkan program PROGRAM SEMINAR REMAJA MUSLIM. Seronok betul. Seronok sehingga saya juga ingin menceritakan pada korang apa yang saya dapat dalam majlis ilmu tersebut. selain itu dapat juga, nanti pada masa hadapan bila saya alpha dan jauh saya boleh membaca apa yang saya tulis dekat sini.

pada 8.11.2014 bersamaan sabtu,14/muharam, dai' Wan, ustaz kharul Nizam, dan Imam Muda Azhar memenuhi masa kami dengan peringatan dari mereka. buat kali pertama dapat bersua dengan dai Wan rasa macam nak menjerit macam filem korea, tapi mana boleh,haha cover sikit, tercalar diri pula nanti depan Dai' Wan. Siapa tak tergugat Hensem. tapi umurnya baru 21 tahun dan saya baru 22. walaupun umur sama, tapi ilmunya jauh lebih tinggi. dia menyampaikan ceramah ape yang lalu di fikiran dia cakap. sempoi je..naik turun pentas kerja dialah tu. antara pengisian slot dia ialah:

-Setiap kali berhadas ambil wuduk,azan 5 kali sehari(solat diawal waktu),solat sunat 2 rakaat.
- orang yang bangun untuk solat isyak dan subuh adalah orang yang layak untuk dihormati.
- nak baiki Akhlak kena baiki solat,dan baiki wuduknya.
- dengan bersolat,akan jadikan seseorang itu lebih focus, berdisiplin dan rendah diri. 
-Tanda solat kita sebenarnya kosong dan takde apa-apa, jika kita tidak berdisiplin,dan tidak menepati masa.
- solat dapat mencegah kita daripada munkar
- kita kena faham apa yang kita baca.
- 3 cara nak kenal hati kita kosong:

  •        lepas solat takde rasa nak duduk berzikir.
  • lepas baca Al-Quran, hati tak rasa ape2.
  • ? tak ingat ape huhu..   
- sesiapa yang buat kerja baik,segala kebaikan akan datang pada kita.
- bukan Allah punca hati kita keras, tapi kitalah puncanya.
-tak fahami maksud dalam solat takde makna.
- doalah pada Allah jadilah orang yang bermanfaat.
- Jangan jadi orang yang tak datang mintak pada Allah. 
- Al-Quran umpama mata,petunjuk jalan yang membawa rahmat.
- lagi bagus hafal ayat Al-quran yang ada kena mengena dengan kita. barulah kita rasa ianya bermanfaat buat kita.
- waktu yang paling penting adalah waktu sekarang
- pekerjaa yang paling penting ialah pekerjaa yang baik.


lepas abes je dia bagi ceramah kitaorg ramai2 tangkap gambar dengan dai' wan sangat seronok.


slot yang kedua bersama dengan dr khairul Nizam daripada fpqs usim.
=> apa yang Allah janji pasti akan berlaku
=>kita akan duduk dekat ahirat dengan seseorg yang kita sayang. Sayang Rasulullah dapatlah duduk dengan Baginda InsyaAllah
=>Just Doa anytime and anywhere.
=>orang yang masukkan burger dalam hati, maka hidupnya adalah burger..so janganlah jadi macamtu ya..
=>kita kena berusaha membaca hadis Rasulullah sebanyak mungkin,
=>peribadi kita sekarang adalah bergantung kepada role model kita siapa? role model baik maka baiklah, jika tidak sebaliknya lah.
=>masukkanlah Rasulullah dalam hati kita,doa supaya dalam hati senantiasa ada Rasulullah,parents dan keluarga. banyakkan berselawat ke atas Rasulullah.

lepas je habis dengan ustaz khairul nizam kitaorg pun rehat2 makan tengah hari.. sedapnya lauk dia, lauk ayam masak lemak..sehingga menjilat jari. ^^..


dalam pukul 2.30 sesi bersama dengan imam muda Azhar. umur dia sekarang 26. ingat dah kahwin tapi belum lagi.. hensem pun hensem. tegas orangnya. luas ilmunya ^^ . bertalaqi dengan syeikh nuruddin yang amat menekankan adab-adab.

antara pengisian bersamanya ialah: 
  • buat sesuatu mestilah dengan niat yang betul
  •  pakaian yang mulia adalah pakaian yang mengikut syara'
  • orang yang terasing iaitu orang yang mengasingkan diri daripada perkara yang dilarang oleh agama adalah orang yang beruntung.
  • munkar bermaksud sesuatu yang dipandang hina oleh syara'
  • buat baik Allah balas,buat jahat pun Allah balas.
  • remaja yang hebat,remaja yang kenal diri sendiri.
  • kita kena fahami asas akidah 
  • kita sebagai orang Islam takleh hukum sesuatu dengan akal.
  • tanda orang munafik ialah susah untuk menunaikan solat isyak dan Subuh.
  • elakkan memandang najis tak elok..jika tengok selalu..muka kita akan jadi pucat. melaikan jika ada keperluan.
  • siapa yang kenal Allah, maka dia kenal dirinya sebagai hamba Allah.
  • amalan baik kita hilang,sebab takde ikatan dengan Allah Taala.
  • nak kenal seseorang itu peribadinya hebat,lihat bahasanya.jadi hijrahlah bahasa kita menjadi bahasa yang baik.
  • satu istiqamah lebih baik dari 1000 qaramah.
  • solat tahajjud 
  • Allah mengangkat orang yang beriman disisinya
  • 3 ilmu yang wajib kita tahu:
    -ilmu kenal Allah
    - ilmu feqah
    -tasawwuf(akhlak)- takwa,sabar,warak dan fakir.
  • jangan ada sifat takabbur dalam diri,semua milik Allah.
  • menghidupkan sunnah nabi, dapat pahala syahid.
  • kita kena jadi orang yang belajar sentiasa sehinnga ke liang lahad.
  • taubat bukan menyanyi lgu taubat je, akan tetapi kena taubat yang sebetu-betulnya iaitu menyesal.
  • rukun taubat ada:
    1. menyesal
    2.meninggalkan terus perbuatan.
    3.azam tidak mahu buat lagi
    4. jika ianya barang yang dipinjam, pulangkan balik.
  • hidupkan dalam diri kita solat malam dan ibadah.
  • 4 perkara yang dipandang tak perlu niat untuk dapat pahala:
    - pandang Al-Quran
    -pandang kaabah
    -pandang wajah mak abah
    -pandang wajah guru
    (maka sesiapa yang merasakan dirinya sempit, berbanyaklah melihat kaabah)
  • tengok gambar yang baik dapat pahala, tengok gambar/video tak baik apetah lagi..insaflah
  • tiada semangat untuk tuntut ilmu maka pandanglah Al-Quran
  • berdoalah kita untuk parents, dan minta mereka mendoakan kita juga.
mudah-mudahan ianya dapat memberi kebaikan amiiiiinnnn.. =) =P ^^

Saturday, 24 May 2014

pemergian maziah tersayang ke pangkuan Allah Maha Besar

22/5/2014

assalamualaikum..pemergian adik sedaraku yang tercinta..kembalinya dia ke pangkuan Allah. Seorang yang happy go lucky,ceria dan tabah mengharungi kesakitan yang dialami. Maziah ateh minta maaf sebab tak dapat nak jaga maziah waktu dekat hospital dan lama tak telefon maziah. Maafkan ateh ya..al-fatihah. ateh nak maziah tahu yang ateh sayang maziah sesangat. Allahlah lebih tahu apa yang maziah rasa. Maziah adik ateh yang paling baik. ateh maafkan maziah dalam pada ateh tak sedar ataupun tidak dan harap maziah juga maafkan ateh.Nanti insya Allah kita jumpa dekat sana eh =).. sayang maziah selalu muah3...

maziah jangan risau akan ada orang yang selalu doakan maziah..ateh,mak,maksom,abang amir,abg jiji,kak maya,kak siti,along, angah, ude, nawa, adik n ramai lagi..

mak selalu pesan kat ateh kalau kita teringatkan orang tu hadiahkan al-fatihah untuk org tu... al-fatihah..

birthday maziah = 4/12/1993

Wednesday, 26 March 2014

assalamualaikum aritu atikah ada tengok satu video..pengajaran yang saya boleh dapat daripadanya adalah :

1.kita hidup di dunia ini mesti kena tahu hakikat iman :
  •    al-faqr
        kita hidup di dunia tidak memiliki apa-apapun. semuanya adalah pinjaman daripada Allah untuk          kita.
  • al-ajz
     merasakan diri sangat lemah. oleh kerana itu kita mestilah selalu memperbaiki diri kearah redha allah.
  • asy-syafaqah
     berasa empati terhadap orang lain.
  • at-tafakkur
    sentiasa memikirkan kehebatan Allah Taala.


2. kematian itu adalah permulaan kehidupan yang abadi - (jalaluddin Rumi)
   

3.cara didikan anak soleh dan solehah
  • nama yang baik2 =)
  • terapkan wawasan ummatik dari sekarang
  • menekankan adab 
  • menghayati al-Quran
  • memelihara solat wajib dan menunaikan solat tahajjud sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • pelajari ilmu yang diperlukan umat pada waktu sekarang.
  • menguasai bahasa asing contohnya bahasa turki ,arab dan inggeris.

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------
apa ada pada adab ya?
   adab itu mendidik kita berakhlak.berakhlak itu indah.Dengan berakhlak baik Allah dan manusia akan         senang dengan kita.na kberamal dengan akhlak yang mulia kita kena BERSABAR dan IKHLAS.Jangan sesekali kita memandang rendah pada orang lain seperti orang gila atau peminta sedekah sebab kita tak tahu pandangan Allah padanya mungkin lagi tinggi darjatnya pada kita. namun zaman sekarang sukar nak tengok orang yang berakhlak baik termasuk saya sendiri.

contohnya:

1.minta maaf bila melakukan kesalahan
2.tutur kata yang baik semasa berjumpa dan bukannya keluar perkataan yang menyindir
3. senyum dan ucapan salam sukar diamalkan padahahal Allah memberikan ganjaran pahala padanya.
4.berasa ihsan pada orang lain.


inilah antara kekurangan yang perlu diperbaiki oleh saya terutamanya ^^.














Friday, 22 February 2013


     #sesuatu itu merupakan akhlak kita kalau kita buat tanpa pertangguhan dan tanpa ada rasa paksaan untuk melakukannya..tapi untuk mendapatkan keperibadian akhlak yg baik dalam diri kita,kita hendaklah berlatih(tadrib/riadhah) akan diri untuk melakukan akhlak yang baik tersebut contohnya yg paling senang sedekah...sedekah pada sesetengah orang ianya rumit..tapi ia boleh dilatih dgn sbg contoh meletakkan gula2 dalam pocket baju ..bila jumpa orang kita boleh hulurkan gula2 tersebut kepada mereka..ada juga sesetengah orang dia tahu dia kedekut dia latih diri dia dgn letakkan beras dlm kereta and after back from someone's houses dia beri beras tersebut kepada orang rumahtu..
akhlak::akhlak:: n akhlak:: tanpa akhlak manusia akn susah hidupnaya hubungan dgn Allah,diri sendiri,sesama man dan dgn benda yg x bernyawa.
::pembelajaran dalam kuliah akhlak dan tasawwuf 19/2/2013::


#dalam perbincangan dua hala macam dalam sesi kaunseling(antara kaunselor dan seorang customernya), orang yang mendengar tidak digalakkan iaitu kerap menggunakan perkataan "saya faham" "saya dengar"..sbb customer akan merasa tidak selesa untuk bercakap ataupun meluahkan perasaannya kepada kaunselor..

ilmu yang berguna untuk kita memperbaiki akhlak kita terutamanya saya =)

ALOHA <3 <3 <3

Tuesday, 5 February 2013


‎>>> Aku Mencintaimu Dalam Diam

Sesungguhnya yang mendatangkan rasa cinta ini, yang mendatangkan rasa kagum ini, yang memekarkan hati ini adalah dari-Nya. Sungguh aku hanya bisa menerimanya. Aku hanya bisa pasrah tertegun tak bisa mengelak atas perasaan ini padamu.

Tertegun dalam keindahan akhlakmu. Tertegun dalam manisnya lisanmu. Tertegun dalam tenangnya pandanganmu. Dan tertegun pula dalam kesejukan nasehatmu. Semua begitu sempurna, sungguh sempurna. Sesempurna sesuai firman-Nya.

Aku yang mengagumimu dalam diam. Utuh tak tersentuh. Seperti mentari yang menyapa bunga-bunga bermekaran. Tak pernah menyentuh namun cintanya terasa bagi kuntum-kuntum bunga yang sedang bermekaran itu.

Karena aku mengagumi maka izinkan aku tak mengusik khusyunya ibadahmu. Izinkan aku tak mengusik ketenangan hatimu. Tak mengapa aku tak bertegur sapa denganmu. Cukuplah bagiku menyapamu dalam doa-doaku.

Cukuplah bagiku tersenyum lezat melihatmu bahagia. Cukuplah bagiku menyebut namamu dalam hamparan sajadahku.

Aku yang tersentuh akhlak muliamu, aku yang terkagum lekat dalam sikapmu, mencintaimu dalam diam mungkin lebih baik bagi diriku dan dirimu. Lebih mulia bagi perasaanku dan perasanmu. Lebih menjaga kehormatanmu. Lebih menjaga kemuliaanmu. Maka izinkan aku, hai engkau yang begitu mulia, izinkan aku mencintaimu dalamn keikhlasan karena aku tak pernah tau apakah engkau yang tercatat dalam lauful mahfudz untukku?

Karena aku tak pernah tau adakah balasan darimu untukku. Biarlah kuasa Allah yang menggerakan hatimu untukku.

Bukan karena mencintaimu dengan diam aku akan menderita. Bukan karena mengagumimu dengan diam aku akan merana.
Namun, ketika ku artikan cinta itu pada sisi kehadiran dan kebersamaan denganmu. Maka itu lah penderitaan yang sesungguhnya.

Aku yang mencintaimu dari kejauhan. Walaupun sungguh aku merasa sangat dekat denganmu.

Biarlah aku dekap rapat perasaanku ini. Biarlah aku tutup rapat hingga Allah mengizinkan pertemuan kita. Namun jika memang engkau bukan tercatat untukku. Jika memang engkau hanya hiasan duniaku yang sementara, sungguh aku yakin Allah akan menghapus cinta dalam diamku padamu. Allah akan menghilangkan perasaanku untukmu. Dia akan memberikan rasa yang lebih indah pada orang yang paling tepat. Begitulah kuasa-Nya. Begitulah Dzat yang membolak-balika n hati hamba-Nya.

“Ketika aku tak lagi terkagum denganmu, maka pahamilah jejakku.. Karena mungkin, aku pernah menulis tentangmu dan meyapa namamu dalam tiap untaian doaku”

::copy n paste::

https://www.facebook.com/kata2hikmah.new..

_____________________________________________________________________________________________
by the way lagu ni pun best sesangat..

>BICARA HATI.<
Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku
Hanya untukmu
Setiap rinduku nyata pada mu
Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata pada ku
Chorus:
Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu
Ulangi Chorus:
Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu..wooo..
Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Aku akan selalu ada dihati mu
Dan kau untuk aku selamanya..
Pinjamkan hati mu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasih ku hanya untukmu
Setiap rinduku nyata padamu…

http://cikmin.com/2012/01/ost-dan-lirik-lagu-bicara-hati-lena/
_____________________________________________________________________________________________

assalamualikum..sekarang tgh bercuti dekat umah along..mak suruh temankan along jaga baby.semua orang busy jadik sayalah yang kena jaga n temankan..bestkan dengar lagu bicara hati..maksud dia mendalam tul..ayat2 dari kata2 hikmah tu sebijik macam perasaan saya pada orang yang saya suka dalam diam.

Wednesday, 9 January 2013

ubat hati kita ^^






hati ♥ ♥ ♥ 
hati sukar dijaga, 
hati kalah dgn bisikan..lemah jadinya.
hati bila jadi bara ,
hancurlah badan,
hancurnya persahabatan.
hilang rasa malunya.

hati yang baik,
saling maaf-memaafi,
bukan dengan dibiarkan.
malulah pada Allah Taala,
rugi pun tidak,kalah pun tidak,
semuanya berlandaskan ikhlas.




Tuesday, 8 January 2013

spirit of good things


what ever problems we had just put our life 100% in Allah's hands. that will give us redha and if we think we want make something bad in relationship among humans better don't because we knows Allah did not like people who disturb other people feelings but like people who try to being nice to other people in what other conditions and if we do,Allah will give us more than that as reward Subhanallah.,nice right..

try looking at ourself. are we redha and fear of Allah?
are you Atikah?
how about your heart?
going well?

i think not. you need more practical and try to do it slowly..
i know you can do it.
yes2, you can do it.

Monday, 31 December 2012

kanak2 riang hari ni (perasan dah nak 21 tahun meh=))


                Alhamdulillah kerana telah menitipkan rasa cinta kepadanya yg tidak ternilai  dan kepada orang yang saya sayangi ..moga2 orang yg saya sayangi itu juga turut menyayangi saya selalu ^^..(mestilah nak jugk kan rasa disayangi)..berzikir itu dapat menenangkan hati bg orang yg dlm kegelisahan => subhanallahiwabihamdihi subhanallahhilazimi.. turut jgn dilupakan selawat keatas jungjungan kita nabi Muhammad kekasih Allah serta sahabat baginda..turut hadiahkan al-fatihah kepada ruh kita dan keluarga agar dikuatkan iman dan tenang selalu..amin..



            assalamualaikum...hmm..lamanya tak tulis blog rindu pulak kan hehe...sekarang dekat tempat belajar musim peperiksaan... tahu2jelah semua orang mencari tempat yg selesa nak menuntut ilmu..orang macam saya memerlukan tempat yg sunyi kekadang untuk lebih fokus. bersemangatnya harini siap buatkan kengkawan air kopi sambil kita pun minum jugalah kan..fuhlamak lama tak buat kopi =) sampai terlebih dah dari jug kecik terjadi jug besar..dahlah dekat rumahtu sikit je orang n 3 4 orang je yg minum..takpelah diaorang ngantuk diaorg minumlah kan..tadi menyelusuri ke library sambil beborak riang dgn mak tercinta...lupa pulak harini 1.1.2013 library mana bukak lalu tersenyum..sudah semangat study first time nak ke library tidak tercapai..takkan nak balik..apalagi menuju kaki ke library fem pulak.hmm i like it because the surrouding was peaceful and no disturber at all...

            tahun baru..tahun baru jugak..tahun baru dalam bulan islam dah lepas dah pun..moga tahun ini hidupku  diberkahi dgn perkara yg bermanfaat untuk diriku insyaAllah...

apalagi jop p study daa...

Friday, 26 October 2012

Tips mudah hafal Al-Quran ^^


assalamualaikum...
hari ni teringin pula nak kongsi tentang tips untuk hafal alquran
atikah ambik dekat youtube dan tulis...tjika niat kita baik dan untuk dapatkan keredhaannya dan untuk mendekatkan diri kepadanya insyallah Allah bantu...ar-Rahman,Ar-Rahim...Allah2 =)...

1.Hafal 15 minit sehari.
2.Ikhlaskan niat hafal Al-Quran hanya untuk Allah.
3.Hafal guna satu cetakan.hafal dengar kaset ikut imam yang kita suka.still lagi berguru.
4.Minta orang lain qari atau baik bacaannya menyemak hafalan anda yang 3 ayat hafalan pada setiap hari.
5.Hafal selepas subuh hafal 5 ayat tapi kalau rasa tak mapu 1 hari 1 ayat pun boleh =).
6.Meminimumkan bacaan.jangan laju sangat menghafal. Nanti lupa yang sudah dihafalkan.ulang   
    5 kali dalam solat.
7.Kalau hafal 3 ayat sehari pun takpe ulang ayat yang sama yang kita hafal tu masa solat
Subuh-2
·        Dhuha-2
·        Zohor-2
·        Ba’diah zohor-2
·        Qabliah asar-2
·        Asar-2
·        Magrib-2
·        Qabliah magrib-2
·        Taubat-2
·        Hajat-2
·        Ba’diah isyak-2
·        Qabliah isyak-2
·        Tahajud-2
·        Witir-3

8.hafal cukup 7 minit kemudian ulang2 dimana2 insyaAllah akan ingat.
9.sesudahnya buat solat sunat witir yang boleh membaca keseluruhan ayat hafalan kita.
10.bila Allah memelihara kita Berjaya menghafal 1 juzuk maka berhenti menghafal selama satu bulan tetapi mengulangi juzuk tersebut setiap hari 2 kali untuk memperkukuhkan ingatan dan bacaan.
11.syaitan akan membisikkan pada kamu supaya mempercepatkan hafalan.tapi jangan ikut.hafal dengan sedikit2.kalau tak boleh hafal sikit2 10 tahun pun takkan dapat hafal apapun.

12. bila dah lepas 1 bulan buat hafalan baru.dan ulang ¼ baan yang telah kamu hafal.
13.bila allah muliakan dengan menghafal 2 juzuk, ulang hafalan anda 2/4 hafalan yang lalu ditambah 3 ayat yang baru.

14.bila Allah muliakan pada kamu dengaan hafalan Al-Quran maknanya hendaklah kamu mengurangkan 3 perkara:
·        Makan
·        ucapan
·        tidur
kalau x kurangkan akan bermasalah iaitu menyukarkan kita untuk hafal Al-Quran.
Berdoa pada Allah mudahkan kita untuk menghafal A-Quran.
Anda tidak akan dapat hafal Al-Quran tanpa bantuan/anugerah dari Allah.


Wednesday, 19 September 2012

Don’t worry be happy


bismillah and assalamualaikum ^^
Actually today I got my muet result but it still need to be fixed ^^…
maybe i not struggle enough In speaking.
today I want to said some motivation and advise from a book that I have read…

         Don’t ever said that we are garbage. How long we have put up with mistreatment???
the answer is as long as she has a low opinion of herself. People treat us the way we treat ourselves with respect . if we treat ourselves with respect ,they will follow treat us with respect to. That is the rule of world. Don’t ever said that I reserve it because actually that can  reduce you motivation towards redha of Allah. Allah ask us to be good to ourselves not to be harm, even when we follow it good thing will happened in your life( please3 believe what I said).words is power if in our daily life we train to be positive than that’s it you are what you said.
       You deserve love and respect just because you are you. Please said to yourselves thank you when other peoples praise your effort and never said that it is luck. Why I said that because that’s is your talent and Allah give that to you not in accidently, why must we said a negative words.sup

       For example when we recognizes our beauty (ehem2 I’am) also ourselves image , of course our face full of sunshine and it automatically  reflected in our surrounding.

     Separate your behavior from yourself – realized that your behavior is not connected to yourself-worth. If you do something silly, like drop the book of your friends without intention it doesn’t make you a bad person (humans is created with non perfect but with effort they will get what they want).


     To make all people are easy with you is impossible. Be what you are is easy… people will come to you with what you  are. If you are sincere they can read deep in your eyes.

Saturday, 15 September 2012

managerial accountant to be ^^


nampaknya dia memang tidak berperasaan...jop teruskan single mingle...jadikan diri ibarat buah apple yang tertinggi sekali bukan apple yang ditanah...aku akan teruskan usahaku dulu kini dan selamanya...agenda kemanisan dunia dan akhirat  ^^...fuhlamak ok la kan memang setiap orang mendambakan kasih sayang Allah dan bak kata ustazah fatimah syarhah raih cinta tertinggi ya Allah reservekan untuk kita kaum wanita...walaupun bukan didunia Allah sudah janjikan pada kita kaum wanita bidadara di syurga...subhanallah...

peganglah kata2 ustaz lukman(pensyarah fsu)

kalau kita wanita nak bahagia suami mesti ada 4 ini:
1.kereta(hakmilik)
2.rumah(hakmilik)
3.jiran yang baik -ikut kefahaman saya(sahabat yang baik)
4. ??? (tak tahulah padaku kecintaanya pada Allah dan Rasulullah)

5.syatratnya orang pahang(sebab pada saya orang pahang yang saya jumpa  tu lembut dan unik watima lelaki ataupun perempuan)..ops terpuji lebih sudah...hehe...

amacam...so lau nak bahagia sabarlah kan hehe...kerja jadi akautan managerial dululah hehe...
waktu tu serah je pada mak dalam urusan jodoh ...asal ada 4 4 perkara tu kira oklah...bahagia nanti anak2ku in the future dapat ayah yang soleh kan ..nah siap hafal al-Quran lagi...masyuk kan hehe...



now my aim to be an accoutant ...biarkan mereka di sekeliling mengetertawakan...aku tetap berdiri megah dan berwawasan.... heak3 ^^...

Tuesday, 4 September 2012

hari ni abang shahril datang umah bawak anak dia nama auni farishah 10 bulan...abang shahril ialah cousin saya yang agak rapat juga waktu kecik2 ...seronok rasanya bila dapat jumpa dengan dia semula...
tak sangka masa berlalu dengan terlalu cepat rupanya ,dia sudah makin berisi nampaknya bahagia bersama keluarga tercinta alhamdulillah praise to Allah ^^....perjalanan dan pengalaman mengajar kita lebih menghargaai dan mengerti kehidupan...

Friday, 31 August 2012




Shiekh Muhammad Al-Yaqobi's recipe for a sharp memory;


- 1 Glass of water

- 2 teaspoons of honey

- 7 times surah Fatiha


everyday





he said that the honey will put together with a water before reciting surah Fatiha


I put it inside, though I've ran out of honey so just being reading at fatiah and drinking water in the morning before i pray fajr.


bolehlah mencuba kan hehe aloha ^^

Thursday, 30 August 2012

Assalamualaikum

hehe...smiles always dear...

            Today adalah hari kemerdekaan nega Malaysia yang ke-55 ....aku bangga jadi warganegara Malaysia...tahun ni aku sambut merdeka dekat tempat tinggal aku. to be owners aku tak gi dataran pun tapi aku jemput pama dari dataran...nice bila tengok semua orang berbilang kaum pakai baju batik dan datang menyambut kemerdekaan di sekolah lici segamat. Aku berharap yang negara kita akan aman dan sentosa selalu amin ^^....MERDEKA3...

          Lagi seminggu je lagi nak balik ke usim tercinta...persiapan aku turut bermula nampaknya ^^..tadi spent my time with my sister n mom to buy little bit things..alhamdulillah it's working(to buy my need)...
little scare to faced the reality infront of me..but sometimes we need to get it as oppurtinity right...you are what you believe...

       Persiapan tadi hampir menghabiskan duit raya saya yang banyak huhu...but nevermind...i get the thing n the rejinah m store get their profit...seronok dapat membantu mengayakan orang yang kita yakin membayar zakat dan yang penting dia orang Islam yang pemurah...hope perniaagaan dia akan maju ^^...
     

Wednesday, 22 August 2012

gambar riang raya ^^

gambar ni semua diambil masa raya riang ria di pagi syawal 1433 hijrah . Alhamdulillah bersyukur selagi mereka masih ada ^^

 tema kitaorabg tahun nie warna kelabu. aku yang beria2 nak pakai jubah warna kelabu.akhirnya dapat juga alhamdulillah.tak pernah2 pakai jubah sendiri dalam seumur hidup akhirnya dapat tapi bukan warna kelabu sepenuhnya yang banyaknya warna coklat wahuahua...gembirakan semua family ku ini..yang paling atas tu adik bawah aku merangkap lawan anak tekak dengan aku tapi sering menjaga aku..dulu aku jaga dia sekarang dia pula yang menjaga aku ,salah satu faktor sebab dia tinggi dari aku ^^. nama dia muhammad munawwar.
yang tudung kelabu tu akak kembar aku,umur dia 23 tahun ...dah nak kerja dah...cantikkan subhanallahimasyaallah ^^ .. dia minat amek gambo ni semua adalah snap picture dari laptop dia..kslsu ada ape2 aku suka berkongsi dengan dia.
yang tudung biru tu jiran aku .kami membesar dan bermain bersama2 masa kecil..dia sudah diibaratkan macam family sendiri..nama dia adalah aku...hajar ATIKAH =)



ni gambar diambil masa dekat dalam rumah selepas orang ramai menyerbu rumah..tahun ni ramai sebab semua orang datang serentak..
yang lelaki tu abang kamal ,cousin aku yang peramah dan nakal2 ...kami membesar bersama dri kecil..setiap tahun beraya bersama..

nu gambar diambil waktu malam raya angah ude n abah di luar rumah..menghirup udara dekat 
luar rumah..

gambar yang ni pulak adik lelaki aku yang last sekali...nama dia azhar..nampak garng tapi hati lembut..dia ni tak suka orang amek gambar dia ni pun ambik senyap2.alhamdulillah dia tak delete dapat aku letak dalam blog ni ... dalam ni semua ada kecuali emak along n abang long...nanti kalau ade aku update ...

-keluarga bahagia with sakinah-




Thursday, 16 August 2012

pesanan rindu =) by udeku

Assalamualaikum w.b.t
wahai sang pencinta,
jika kau merindui kami disini,
sampaikanlah doamu dan senyumanmu disini,
Ingati sejarah yang dilaui bersama..
Aku percaya ada sesuatu yg pasti akan mengusik hati kecilmu yang sdg sarat merindui kami.
Ingatlah... kami senantiasa merinduimu... hehehehe... dan mungkin lebih dari apa yang kau tahu ♥ ♥ ♥

Tiupkan angin kerinduanmu diudara, pasti kami menerimanya disini ^_^

By me: ur lovely sis ;p (nurul zakiah binti muhamad)

masa ni aku rindu sangat nak balik umah,
rindu dekat pama,ukhti wa akhi yang tercinta..
nak balik tak boleh...
ude memahami dengan meniupkan rasa rindunya melalui angin yang sepoi2 bahasa..
membuatkan aku berasa tenang semula...

Wednesday, 8 August 2012

rindunya dekat korang =)


kata orang pengalaman mengajar kita erti kehidupan sebenarkan  =) .... ada yang manis ada yang sebaliknya...ianya bergantung pada bekas dalam otak kita untuk save atau delete...betulkah??? tak tau lah....tapi saya yakin betul...spirit positive yang saya perolehi adalah melalui kawan2 yang saya cintai iaitu filzah,daya,afifa , rakan2 perempuan sekelas bmb4 walaupun kami tidak selalu bersua tetapi hati ini selalu merindui mereka...merindui telatah mereka yang mencuit hati ...mereka selalu memberikan kata2 yang positive untuk aku terus hidup..filzah selalu mendengar rintihan aku, hidaya selalu menunjukkan kecoolan dia menyebabkan aku selesa berada dekat dengan dia =)...pipah pula,selalu membuatkan aku rasa asyik tergelak saje telatah dia membuatkan aku tak kering gusi...mereka bila aku nak sesedih sikit je mereka menggembirakan aku..comawo =)...


jangan samakan kafir zimmi dan kafir harbi

::Al-Qur'an, Al-Mumtahanah : Ayat 8::
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu daripada kampung halamanmu... Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berlaku ADIL..
::Al-Qur'an, Al-Mumtahanah : Ayat 9::
Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan mereka sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu dalam urusan agama dan mengusir kamu dari kampung halamanmu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu.. Barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, mereka itulah orang yang zalim..






ayat nie menerangkan kepadaku yang islam mengajar kita supaya berbuat baik kepada semua orang tidak kira kaum ataupun bangsa...


kecuali jika mereka memerangi kita orang islam dalam hal agama...selagi mereka berbuat baik pada kita, kita hendaklah berbuat baik dan boleh melakukan muamalah dengan mereka ...mereka itu digelar kafir zimmi...kenape kita kena buat baik dengan mereka senang je sebab mereka bayar cukai(jizyah) dan lain2 sama seperti kita...mereka juga wajib diberi perlindungan dari pemimpin...


ya kita patut memerangi dan tak boleh berkawan dengan kafir yang digelar kafir harbi..hal ni disebabkan mereka ingin kita terpesong dari addin dan akan memusuhi kita sehingga kiamat seperti yang berlaku di burma,syria..mereka menindas dan menzalimi rakyat yang beragama islam dengan kejam sekali...moga Allah beri kemenangan dan menghancurkan musuh2 islam...


nak disebutkan dekat sini,sebab ada yang salah anggap, meeka fikir semua orang kafir itu kita tak boleh sokong ...abes kalau rakyat yang berbilang kaum macam Malaysia seperti kita kalau nak sokong dato' lee chong wei and another thing yang boleh menaikkan nama baik negara bukankan ianya satu perkara yang bagus...ada lagi satu contoh lagi kalau kita sakit dan kebanyakkan doktor dekat malaysia adalah orang kafir takkan kita sanggup tenat dan tak pergi ke hospital untuk selamatkan nyawa...thats impossible kan...Allah tak merumitkan hambanya...jangan menjadikan ianya sukar sedangkan ianya tidak sukar dan amat memudahkan ...













Tuesday, 7 August 2012

cahaya tak akan diberikan kepada pelaku maksiat

Maksiat mnybbkan banyak komplikasi melibatkan dunia & akhirat kita, antara lain maksiat mnybbkn ilmu hilang daripada seseorang.Pernah Imam Syafiiy menceritakan pengalamannya terlupa ilmu yang dipelajari.Imam Syafiiy telah 
mengadu kepada gurunya Waki' tentang masalah itu lalu gurunya telah mewasiatkan kepadanya agar meninggalkan maksiat. imam Syafiiy mengabadikan nasiahat gurunya dgn bait syiir, Aku mengadu pada Waki' ttg kelemahan hafalanku,lalu dia menasihatiku utk meninggalkan maksiat, katanya ketahuilah bhw ilmu itu adalah Cahaya,Dan Cahaya itu takkan diberikan pd pelaku maksiat.

cc dari fb ustaz zahazan mohamed =) ...

Saturday, 4 August 2012

peringatan kepada diri yang sering alpa(musibah dan nikmat)

Allah bagi kita satu ujian tidak kira dalam bentuk ape,
itu petanda Allah sayang kepada kita.sebagai contoh kita mencintai seseorang tetapi cinta kita ditolak @_@ mesti kita rasa frust kan dan rasa down...apabila ujian itu ditimpakan pada kita, hendaklah kita bersabar dan menyelesaikannya dengan hikmah, petanda kita hambanya yang sentiasa ingin mendapatkan cintanya dan percayalah Allah sentiasa dekat dengan kita...

dan apabila diberi nikmat kita sering alpa dan apabila ditimpa musibah kita sering mengeluh dan menyalahkan takdir adakah itu adil ??? Ya Allah ,ampunkan dosa hambamu yang kufur atas nikmatmu...
jadikan hambamu ini orang yang bersyukur atas ape yang telah engkau berikan.


Atikah you must strong and belive that :
Tidak semestinya orang yang kita cintai akan menjadi milik kita
Dan tidak mustahil jika orang yang kita benci akan menjadi milik kita..
Seteguh mana pun cinta kita pada dia
Tetapi jika Allah tidak mengizinkan,akankah ia menjadi milik kita?????

♥:Kita perlu percaya cinta yang Allah beri bukan pelengkap hidup kita,tetapi peringatan untuk kita bahawa cinta Dia lebih hebat berbanding cinta manusia:♥

petikan kata2 fb dari umi nazira kmpk =)...