Tuesday 12 June 2012

birthday abah =)

hari ni merupakan birthday abah yang ke -54 ....HAPPY BIRTHDAY TO ABAH.....
tadi wish dekat abah berborak dengan abah sampaikan dua2 tak nak letak tepon...
mesti abah tak tido lagi sebab tunggu anak2 dia wish ^^...
harap abah sentiasa diberkahi umurnya dan dimurahkan rezeki....
harap2 moga ateh juga dipanjangkan umur oleh Allah untuk berjasa pada abah setelah sekian lama abah menjaga ateh...amin mudah2an...
walau abah garang dan tegas abah lembut hatinya. Adanya abah rasa diri selamat di rumah rasa aman dan bahagia je....
walaupun anakmu ini selalu degil abah tetap memberikan nasihat ^^....love you ABAH <3<3<3 forever....
happy2 birthday abah sincerely anakmu -Ateh-

SOLAT SUNAT TASBIH

 13/06/2012 kolej kediaman 1

         Assalamualaikum semua...ape khabar semua atikah harap semua dalam keadaan sihat sejahtera moga berada dalam keadaan baik2 sahaja...hari ini Atikah nak kongsi tentang solat tasbih.
sebelum tu izinkan atikah bercerita sikit eh =) ....masa atikah dekat sekolah menengah dulu masa tingkatan 1 atikah ingat lagi ada ustazah nama dia ustazah zuliana bagitau atikah dan kengkawan tentang solat tasbih...
waktu tu atikah tak tau pun solat tasbih tu ape..alhamdulillah selepas diterangkan baru faham...ustazah cakap kalau tak mampu buat sekali seumur hidup pun jadilah....jadi ustazah setkan satu malam untuk kami2 ni tunaikan solat tasbih...fuhhhh =)... masa  tu rasa macam nak tertido2 hehe...almaklumlah baru first time lah katakan wat solat tu ..nak baca tasbih pulak banyak pulak tu ...tapi sekarang bila fikir balik alangkah indah kalau kita buat solat dan bertasbih kepada Alkhaliq kita kan ... bila lagi nak bertasbih ditambah dengan  mengenangkan kesibukan kita dalam melayan dunia...ruginya waktu tu tak wat bebetul sebab bila fikir2 kalau nak wat sendiri2 lagilah...hehe(malas tahap gaban orang kata)...feel buat reramai seronok sangat walaupun ngantuk masa wat for the first time ^^ ....terima kasih Allah,terima kasih ustazah  kerana ajarkan atikah camne nak solat tasbih...k dekat cn atikah selitkan sikit nota yang atikah cari dekat internet untuk kita buat solat ni nanti. Harap kalau ade kesilapan mohon ditegur ya...  

 *nota ni atikah ade edit sikit ikut suka2 dalam penulisan tapi isi dia still sama ...

SOLAT SUNAT TASBIH

Dinamakan solat sunat tasbih kerana didalam solat tersebut terdapat 300 bacaan tasbih memuji Allah Taala.
Jika dilakukan pada waktu siang 4 rakaat 1 salam .jika waktu malam 4 rakaat 2 salam.

Cara untuk solat tasbih
1.     Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.
2.  Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)


Niat solat Tasbih

أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.


Tasbih yang dibaca

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.




JADUAL TASBIH

Waktu dan tasbihnya(4 rakaat 2 salam untuk solat di malam hari)
Waktu dan tasbihnya (4 rakaat 1 salam untuk solat di siang hari)
Selpas Iftitah sebelum Fatihah                   15
Sesudah surah Rakaat 1                     10
Rukuk                                               10
I'tidal                                                10
Sujud                                                10
Duduk antara dua sujud                     10
Sujud kedua                                      10
Selepas surah Rakaat 2                     10
Rukuk                                               10
I'tidal                                                 10
Sujud                                                10
Duduk antara dua sujud                     10
Sujud kedua                                     10
Sebelum Tahiyyat                                     15
JUMLAH                                    150 X 2 = 300



Slps Iftitah sebelum Fatihah                      15
Sesudah surah Rakaat 1                    10
Rukuk                                               10
I'tidal                                                 10
Sujud                                                 10
Duduk antara dua sujud                      10
Sujud kedua                                       10
Selepas surah Rakaat 2                      10
Rukuk                                               10
I'tidal                                                 10
Sujud                                                 10
Duduk antara dua sujud                      10
Sujud kedua                                       10
Sebelum Tahiyyat Awal                              15
Selepas Tahiyyat Awal                                15
Sesudah Fatihah Rakaat 3                10
Rukuk                                              10
I'tidal                                                10
Sujud                                                10
Duduk antara dua sujud                     10
Sujud kedua                                      10
Selepas Fatihah Rakaat 4                  10
Rukuk                                              10
I'tidal                                                10
Sujud                                               10
Duduk antara dua sujud                    10
Sujud kedua                                     10
Sebelum Tahiyyat Akhir                                             15
JUMLAH                                       300




DOA SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,  kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.



RUJUKAN DARI
http://e-mosque.com.my/ibadatsunat/stasbih.html

Thursday 7 June 2012

hari ni ada 2 kasih sayang saya pada kamu =)...

pertama peringatan dari surat cinta Alquran

petikan dari Surah luqman

ayat 33:
wahai sekalian manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutlah akan hari (akhirat) Yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya , dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.


kan nanti dekat akhirat kita sendiri2...malah dekat kubur pun sendiri semuanya atas ape yang kita lakukan di atas muka bumi...ibu bapa yang sayang kat kita pun x leh tolong...maka berwaspadalah kita dengan hasutan syaitan yang ingin umat manusia masuk kedalam api neraka bersama2 dengan mereka. kerana mereka sudah berjanji dengan Allah yang dia akan menyesatkan cucu cicit nabi Adam(kitalahkan)...hmm..cilik betul mereka... kuatkan iman dan tanamkan sifat takwa dalam diri insyaAllah Allah sayang...usaha tangga kejayaan =)




kedua: peringatan kasih sayang dari ape yang saya baca :

Antara pesanan Rasulullah kepada Sayidina Ali :

1. Wahai Ali, bagi orang mukmin itu ada 3 tanda iaitu:
• Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
• Tidak terpesona dengan pujuk rayu
• Benci terhadap perbualan dan perkara yang sia-sia

2. Wahai Ali, bagi orang alim itu ada 3 tanda iaitu:
• Jujur dalam berkata-kata
• Menjauhi segala yang haram
• Merendahkan diri

3. Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda iaitu:
• Merahsiakan ibadahnya
• Merahsiakan sedekahnya
• Merahsiakan ujian yang menimpanya

4. Wahai Ali, bagi orang yang bertakwa itu ada 3 tanda iaitu:
• Takut berlaku dusta dan keji
• Menjauhi kejahatan
• Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

5. Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda:
• Mengawasi dirinya
• Menghisab dirinya
• Memperbanyakkan ibadah kepada Allah



yang no 2 ni no komen ...sama2lah kita perbaiki InsyaAllah...
k lah aloha!!!

Monday 4 June 2012


Abu darda’ seorang yang bijak dalam mengungkapkan kata2 hikmah dan banyak menyertai peperangan bersama Rasulullah. Dilantik menjadi gabenor di Syria ketika zaman pemerintahan sayidina uthman.

Wasiat rasulullah kepada abu darda’
1.       Janganlah engkau menyekutukan allah dengan sesuatu.Walaupun engkau dipotong atau dibakar.

2.       Janganlah sesekali meninggalkan solat wajib yang 5 dengan sengaja kerana barang siapa yang meninggalkan solat 5 waktu dengan sengaja akan lepas dari jaminan Allah.

3.       Janganlah kamu meminum khamar (arak), sesungguhnya khamar (arak) adalah kunci dari semua kejahatan.

4.       Taatlah kepada kedua orang tuamu, seandainya kedunya menyuruhmu mengeluarkan hartamu seluruhnya, maka keluarkanlah harta untuk keduanya.

5.       Janganlah engkau bertentangan dengan ululamri (pemimpin) walaupun memandang engkau lebih tinggi daripadanya.

6.       Janganlah engkau lari dari medan peperangan walaupun engkau binasa dan semua teman-temanmu lari.

7.         Infakkan kelebihan hartamu kepada keluargamu.

8.       Janganlah engkau membuang rotan dari keluargamu kerana sayang hendak memukulnya. Pukullah kerana mendidik, bukan kerana mendera.

9.       Berilah amaran kepada mereka supaya takut akan Allah.

(Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah, Thabrani)


Saturday 2 June 2012

petikan dari buku motivasi ^^

untuk jatuh dalam longkang itu payah,sebab kena cari longkang dan pura2 tidak berupaya untuk lompat longkang .nak lompat longkang pun payah sebab kena ukur keupayaan mampu untuk langkah @sebaliknya.kalau mampu teruskan sahaja.kalau x binalah titi.itu susah tapi berbaloi dan selamat .


buku membina personaliti terbilang
DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj

luahan hati seorang manusia

kadang2 kita memerhatikan seseorang itu kerana sikapnya ...kadang2 kita ingin berkawan tapi tiada modal untuk bercakap just berinteraksi dalam hati n perbuatan....terasa dia pun begitu ...terkadang rasa dia sombong ...walhal dia ingin menjaga batas pergaulan....kawan2ku perasan akan perlakuanku kukatakan ianya hanya perasaan dengan harapan agar satu hari nanti kita boleh berkawan sahabat ...

gurindam hari ini ^^




perlukah segala-galanya diucapkan dan dizahirkan...adakah mesti jika dizahirkan barulah dimengerti maksudnya dan perasaannya? adakah begitu untuk kita lakukan agar baru nampak kesungguhan?
ya kadangkala kita mestilah menzahirkan dan kadangkala kita mestilah menyembunyikan... kerana tanpa ucapan pun perbuatan sudah berkata2...kerana kadangkala dengan penzahiran juga boleh menimbulkan fitnah...pabila tersadar cepat2lah berundur...
memohonlah ampun atas segala perbuatan yang dilarang olehnya dan sebenarnya manusia tidak pernah lekang dek dosa2.
namun Sang Pencipta iaitu Allah maha pengampun lagi maha mengasihani...yang mengetahui baik buruk atas sesuatu perkara..