Wednesday 26 March 2014

assalamualaikum aritu atikah ada tengok satu video..pengajaran yang saya boleh dapat daripadanya adalah :

1.kita hidup di dunia ini mesti kena tahu hakikat iman :
  •    al-faqr
        kita hidup di dunia tidak memiliki apa-apapun. semuanya adalah pinjaman daripada Allah untuk          kita.
  • al-ajz
     merasakan diri sangat lemah. oleh kerana itu kita mestilah selalu memperbaiki diri kearah redha allah.
  • asy-syafaqah
     berasa empati terhadap orang lain.
  • at-tafakkur
    sentiasa memikirkan kehebatan Allah Taala.


2. kematian itu adalah permulaan kehidupan yang abadi - (jalaluddin Rumi)
   

3.cara didikan anak soleh dan solehah
  • nama yang baik2 =)
  • terapkan wawasan ummatik dari sekarang
  • menekankan adab 
  • menghayati al-Quran
  • memelihara solat wajib dan menunaikan solat tahajjud sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • pelajari ilmu yang diperlukan umat pada waktu sekarang.
  • menguasai bahasa asing contohnya bahasa turki ,arab dan inggeris.

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------
apa ada pada adab ya?
   adab itu mendidik kita berakhlak.berakhlak itu indah.Dengan berakhlak baik Allah dan manusia akan         senang dengan kita.na kberamal dengan akhlak yang mulia kita kena BERSABAR dan IKHLAS.Jangan sesekali kita memandang rendah pada orang lain seperti orang gila atau peminta sedekah sebab kita tak tahu pandangan Allah padanya mungkin lagi tinggi darjatnya pada kita. namun zaman sekarang sukar nak tengok orang yang berakhlak baik termasuk saya sendiri.

contohnya:

1.minta maaf bila melakukan kesalahan
2.tutur kata yang baik semasa berjumpa dan bukannya keluar perkataan yang menyindir
3. senyum dan ucapan salam sukar diamalkan padahahal Allah memberikan ganjaran pahala padanya.
4.berasa ihsan pada orang lain.


inilah antara kekurangan yang perlu diperbaiki oleh saya terutamanya ^^.