hari ni merupakan birthday abah yang ke -54 ....HAPPY BIRTHDAY TO ABAH.....
tadi wish dekat abah berborak dengan abah sampaikan dua2 tak nak letak tepon...
mesti abah tak tido lagi sebab tunggu anak2 dia wish ^^...
harap abah sentiasa diberkahi umurnya dan dimurahkan rezeki....
harap2 moga ateh juga dipanjangkan umur oleh Allah untuk berjasa pada abah setelah sekian lama abah menjaga ateh...amin mudah2an...
walau abah garang dan tegas abah lembut hatinya. Adanya abah rasa diri selamat di rumah rasa aman dan bahagia je....
walaupun anakmu ini selalu degil abah tetap memberikan nasihat ^^....love you ABAH <3<3<3 forever....
happy2 birthday abah sincerely anakmu -Ateh-
Tuesday, 12 June 2012
SOLAT SUNAT TASBIH
13/06/2012 kolej kediaman 1
Assalamualaikum semua...ape khabar semua atikah harap semua dalam keadaan sihat sejahtera moga berada dalam keadaan baik2 sahaja...hari ini Atikah nak kongsi tentang solat tasbih.
Assalamualaikum semua...ape khabar semua atikah harap semua dalam keadaan sihat sejahtera moga berada dalam keadaan baik2 sahaja...hari ini Atikah nak kongsi tentang solat tasbih.
sebelum tu izinkan atikah bercerita sikit eh =) ....masa atikah dekat sekolah menengah dulu masa tingkatan 1 atikah ingat lagi ada ustazah nama dia ustazah zuliana bagitau atikah dan kengkawan tentang solat tasbih...
waktu tu atikah tak tau pun solat tasbih tu ape..alhamdulillah selepas diterangkan baru faham...ustazah cakap kalau tak mampu buat sekali seumur hidup pun jadilah....jadi ustazah setkan satu malam untuk kami2 ni tunaikan solat tasbih...fuhhhh =)... masa tu rasa macam nak tertido2 hehe...almaklumlah baru first time lah katakan wat solat tu ..nak baca tasbih pulak banyak pulak tu ...tapi sekarang bila fikir balik alangkah indah kalau kita buat solat dan bertasbih kepada Alkhaliq kita kan ... bila lagi nak bertasbih ditambah dengan mengenangkan kesibukan kita dalam melayan dunia...ruginya waktu tu tak wat bebetul sebab bila fikir2 kalau nak wat sendiri2 lagilah...hehe(malas tahap gaban orang kata)...feel buat reramai seronok sangat walaupun ngantuk masa wat for the first time ^^ ....terima kasih Allah,terima kasih ustazah kerana ajarkan atikah camne nak solat tasbih...k dekat cn atikah selitkan sikit nota yang atikah cari dekat internet untuk kita buat solat ni nanti. Harap kalau ade kesilapan mohon ditegur ya...
*nota ni atikah ade edit sikit ikut suka2 dalam penulisan tapi isi dia still sama ...
SOLAT
SUNAT TASBIH
Dinamakan solat
sunat tasbih kerana didalam solat tersebut terdapat 300 bacaan tasbih memuji
Allah Taala.
Jika dilakukan
pada waktu siang 4 rakaat 1 salam .jika waktu malam 4 rakaat 2 salam.
Cara untuk
solat tasbih
1. Sesudah kita
berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca
tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah.
Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca
sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud
yang kedua.
2. Bacaan tasbih
sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca
sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud
yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca
tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah
At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun
Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan
tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah
sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)
Niat solat Tasbih
أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ
ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2
rakaat kerana Allah Taala.
Tasbih yang dibaca
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ
الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada
Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah
Yang Maha Tinggi lagi Agung.
JADUAL TASBIH
Waktu dan tasbihnya(4 rakaat 2 salam untuk solat di malam
hari)
|
Waktu dan tasbihnya (4 rakaat 1 salam untuk solat di siang
hari)
|
Selpas
Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah
surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud
10
Duduk
antara dua sujud 10
Sujud
kedua 10
Selepas
surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk
antara dua sujud 10
Sujud
kedua 10
Sebelum
Tahiyyat 15
JUMLAH 150 X 2 = 300
|
Slps
Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah
surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk
antara dua sujud 10
Sujud
kedua 10
Selepas
surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk
antara dua sujud 10
Sujud
kedua 10
Sebelum
Tahiyyat Awal 15
Selepas
Tahiyyat Awal 15
Sesudah
Fatihah Rakaat 3 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk
antara dua sujud 10
Sujud
kedua 10
Selepas
Fatihah Rakaat 4 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk
antara dua sujud 10
Sujud
kedua 10
Sebelum
Tahiyyat Akhir 15
JUMLAH 300
|
DOA SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ
إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ
أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ
أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى
نَخَافَكَ .
اَللَّهُمَّ
إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ
عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا
مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ
كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana
orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti
mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima
nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang
yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami
memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat
seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai
ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada
Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu,
jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan
maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami
merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh
pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas
dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang
baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.
http://e-mosque.com.my/ibadatsunat/stasbih.html
Thursday, 7 June 2012
hari ni ada 2 kasih sayang saya pada kamu =)...
pertama peringatan dari surat cinta Alquran
petikan dari Surah luqman
ayat 33:
wahai sekalian manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutlah akan hari (akhirat) Yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya , dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
kan nanti dekat akhirat kita sendiri2...malah dekat kubur pun sendiri semuanya atas ape yang kita lakukan di atas muka bumi...ibu bapa yang sayang kat kita pun x leh tolong...maka berwaspadalah kita dengan hasutan syaitan yang ingin umat manusia masuk kedalam api neraka bersama2 dengan mereka. kerana mereka sudah berjanji dengan Allah yang dia akan menyesatkan cucu cicit nabi Adam(kitalahkan)...hmm..cilik betul mereka... kuatkan iman dan tanamkan sifat takwa dalam diri insyaAllah Allah sayang...usaha tangga kejayaan =)
kedua: peringatan kasih sayang dari ape yang saya baca :
Antara pesanan Rasulullah kepada Sayidina Ali :
1. Wahai Ali, bagi orang mukmin itu ada 3 tanda iaitu:
• Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
• Tidak terpesona dengan pujuk rayu
• Benci terhadap perbualan dan perkara yang sia-sia
2. Wahai Ali, bagi orang alim itu ada 3 tanda iaitu:
• Jujur dalam berkata-kata
• Menjauhi segala yang haram
• Merendahkan diri
3. Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda iaitu:
• Merahsiakan ibadahnya
• Merahsiakan sedekahnya
• Merahsiakan ujian yang menimpanya
4. Wahai Ali, bagi orang yang bertakwa itu ada 3 tanda iaitu:
• Takut berlaku dusta dan keji
• Menjauhi kejahatan
• Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
5. Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda:
• Mengawasi dirinya
• Menghisab dirinya
• Memperbanyakkan ibadah kepada Allah
yang no 2 ni no komen ...sama2lah kita perbaiki InsyaAllah...
k lah aloha!!!
pertama peringatan dari surat cinta Alquran
petikan dari Surah luqman
ayat 33:
wahai sekalian manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutlah akan hari (akhirat) Yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya , dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
kan nanti dekat akhirat kita sendiri2...malah dekat kubur pun sendiri semuanya atas ape yang kita lakukan di atas muka bumi...ibu bapa yang sayang kat kita pun x leh tolong...maka berwaspadalah kita dengan hasutan syaitan yang ingin umat manusia masuk kedalam api neraka bersama2 dengan mereka. kerana mereka sudah berjanji dengan Allah yang dia akan menyesatkan cucu cicit nabi Adam(kitalahkan)...hmm..cilik betul mereka... kuatkan iman dan tanamkan sifat takwa dalam diri insyaAllah Allah sayang...usaha tangga kejayaan =)
kedua: peringatan kasih sayang dari ape yang saya baca :
Antara pesanan Rasulullah kepada Sayidina Ali :
1. Wahai Ali, bagi orang mukmin itu ada 3 tanda iaitu:
• Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
• Tidak terpesona dengan pujuk rayu
• Benci terhadap perbualan dan perkara yang sia-sia
2. Wahai Ali, bagi orang alim itu ada 3 tanda iaitu:
• Jujur dalam berkata-kata
• Menjauhi segala yang haram
• Merendahkan diri
3. Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda iaitu:
• Merahsiakan ibadahnya
• Merahsiakan sedekahnya
• Merahsiakan ujian yang menimpanya
4. Wahai Ali, bagi orang yang bertakwa itu ada 3 tanda iaitu:
• Takut berlaku dusta dan keji
• Menjauhi kejahatan
• Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
5. Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda:
• Mengawasi dirinya
• Menghisab dirinya
• Memperbanyakkan ibadah kepada Allah
yang no 2 ni no komen ...sama2lah kita perbaiki InsyaAllah...
k lah aloha!!!
Monday, 4 June 2012
Abu darda’
seorang yang bijak dalam mengungkapkan kata2 hikmah dan banyak menyertai
peperangan bersama Rasulullah. Dilantik menjadi gabenor di Syria ketika zaman
pemerintahan sayidina uthman.
Wasiat
rasulullah kepada abu darda’
1. Janganlah
engkau menyekutukan allah dengan sesuatu.Walaupun engkau dipotong atau dibakar.
2. Janganlah
sesekali meninggalkan solat wajib yang 5 dengan sengaja kerana barang siapa
yang meninggalkan solat 5 waktu dengan sengaja akan lepas dari jaminan Allah.
3. Janganlah kamu
meminum khamar (arak), sesungguhnya khamar (arak) adalah kunci dari semua
kejahatan.
4. Taatlah kepada
kedua orang tuamu, seandainya kedunya menyuruhmu mengeluarkan hartamu
seluruhnya, maka keluarkanlah harta untuk keduanya.
5. Janganlah
engkau bertentangan dengan ululamri (pemimpin) walaupun memandang engkau lebih
tinggi daripadanya.
6. Janganlah
engkau lari dari medan peperangan walaupun engkau binasa dan semua
teman-temanmu lari.
7. Infakkan
kelebihan hartamu kepada keluargamu.
8. Janganlah
engkau membuang rotan dari keluargamu kerana sayang hendak memukulnya. Pukullah
kerana mendidik, bukan kerana mendera.
9. Berilah amaran
kepada mereka supaya takut akan Allah.
(Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah, Thabrani)
Saturday, 2 June 2012
petikan dari buku motivasi ^^
untuk jatuh dalam longkang itu payah,sebab kena cari longkang dan pura2 tidak berupaya untuk lompat longkang .nak lompat longkang pun payah sebab kena ukur keupayaan mampu untuk langkah @sebaliknya.kalau mampu teruskan sahaja.kalau x binalah titi.itu susah tapi berbaloi dan selamat .
buku membina personaliti terbilang
DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj
buku membina personaliti terbilang
DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj
luahan hati seorang manusia
kadang2 kita memerhatikan seseorang itu kerana sikapnya ...kadang2 kita ingin berkawan tapi tiada modal untuk bercakap just berinteraksi dalam hati n perbuatan....terasa dia pun begitu ...terkadang rasa dia sombong ...walhal dia ingin menjaga batas pergaulan....kawan2ku perasan akan perlakuanku kukatakan ianya hanya perasaan dengan harapan agar satu hari nanti kita boleh berkawan sahabat ...
gurindam hari ini ^^
perlukah segala-galanya diucapkan dan dizahirkan...adakah mesti jika dizahirkan barulah dimengerti maksudnya dan perasaannya? adakah begitu untuk kita lakukan agar baru nampak kesungguhan?
ya kadangkala kita mestilah menzahirkan dan kadangkala kita mestilah menyembunyikan... kerana tanpa ucapan pun perbuatan sudah berkata2...kerana kadangkala dengan penzahiran juga boleh menimbulkan fitnah...pabila tersadar cepat2lah berundur...
memohonlah ampun atas segala perbuatan yang dilarang olehnya dan sebenarnya manusia tidak pernah lekang dek dosa2.
namun Sang Pencipta iaitu Allah maha pengampun lagi maha mengasihani...yang mengetahui baik buruk atas sesuatu perkara..
Subscribe to:
Posts (Atom)