Abu darda’
seorang yang bijak dalam mengungkapkan kata2 hikmah dan banyak menyertai
peperangan bersama Rasulullah. Dilantik menjadi gabenor di Syria ketika zaman
pemerintahan sayidina uthman.
Wasiat
rasulullah kepada abu darda’
1. Janganlah
engkau menyekutukan allah dengan sesuatu.Walaupun engkau dipotong atau dibakar.
2. Janganlah
sesekali meninggalkan solat wajib yang 5 dengan sengaja kerana barang siapa
yang meninggalkan solat 5 waktu dengan sengaja akan lepas dari jaminan Allah.
3. Janganlah kamu
meminum khamar (arak), sesungguhnya khamar (arak) adalah kunci dari semua
kejahatan.
4. Taatlah kepada
kedua orang tuamu, seandainya kedunya menyuruhmu mengeluarkan hartamu
seluruhnya, maka keluarkanlah harta untuk keduanya.
5. Janganlah
engkau bertentangan dengan ululamri (pemimpin) walaupun memandang engkau lebih
tinggi daripadanya.
6. Janganlah
engkau lari dari medan peperangan walaupun engkau binasa dan semua
teman-temanmu lari.
7. Infakkan
kelebihan hartamu kepada keluargamu.
8. Janganlah
engkau membuang rotan dari keluargamu kerana sayang hendak memukulnya. Pukullah
kerana mendidik, bukan kerana mendera.
9. Berilah amaran
kepada mereka supaya takut akan Allah.
(Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah, Thabrani)
No comments:
Post a Comment