hari ni ada 2 kasih sayang saya pada kamu =)...
pertama peringatan dari surat cinta Alquran
petikan dari Surah luqman
ayat 33:
wahai sekalian manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutlah akan hari (akhirat) Yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya , dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
kan nanti dekat akhirat kita sendiri2...malah dekat kubur pun sendiri semuanya atas ape yang kita lakukan di atas muka bumi...ibu bapa yang sayang kat kita pun x leh tolong...maka berwaspadalah kita dengan hasutan syaitan yang ingin umat manusia masuk kedalam api neraka bersama2 dengan mereka. kerana mereka sudah berjanji dengan Allah yang dia akan menyesatkan cucu cicit nabi Adam(kitalahkan)...hmm..cilik betul mereka... kuatkan iman dan tanamkan sifat takwa dalam diri insyaAllah Allah sayang...usaha tangga kejayaan =)
kedua: peringatan kasih sayang dari ape yang saya baca :
Antara pesanan Rasulullah kepada Sayidina Ali :
1. Wahai Ali, bagi orang mukmin itu ada 3 tanda iaitu:
• Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
• Tidak terpesona dengan pujuk rayu
• Benci terhadap perbualan dan perkara yang sia-sia
2. Wahai Ali, bagi orang alim itu ada 3 tanda iaitu:
• Jujur dalam berkata-kata
• Menjauhi segala yang haram
• Merendahkan diri
3. Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda iaitu:
• Merahsiakan ibadahnya
• Merahsiakan sedekahnya
• Merahsiakan ujian yang menimpanya
4. Wahai Ali, bagi orang yang bertakwa itu ada 3 tanda iaitu:
• Takut berlaku dusta dan keji
• Menjauhi kejahatan
• Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
5. Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda:
• Mengawasi dirinya
• Menghisab dirinya
• Memperbanyakkan ibadah kepada Allah
yang no 2 ni no komen ...sama2lah kita perbaiki InsyaAllah...
k lah aloha!!!
No comments:
Post a Comment