13/06/2012 kolej kediaman 1
Assalamualaikum semua...ape khabar semua atikah harap semua dalam keadaan sihat sejahtera moga berada dalam keadaan baik2 sahaja...hari ini Atikah nak kongsi tentang solat tasbih.
Assalamualaikum semua...ape khabar semua atikah harap semua dalam keadaan sihat sejahtera moga berada dalam keadaan baik2 sahaja...hari ini Atikah nak kongsi tentang solat tasbih.
sebelum tu izinkan atikah bercerita sikit eh =) ....masa atikah dekat sekolah menengah dulu masa tingkatan 1 atikah ingat lagi ada ustazah nama dia ustazah zuliana bagitau atikah dan kengkawan tentang solat tasbih...
waktu tu atikah tak tau pun solat tasbih tu ape..alhamdulillah selepas diterangkan baru faham...ustazah cakap kalau tak mampu buat sekali seumur hidup pun jadilah....jadi ustazah setkan satu malam untuk kami2 ni tunaikan solat tasbih...fuhhhh =)... masa tu rasa macam nak tertido2 hehe...almaklumlah baru first time lah katakan wat solat tu ..nak baca tasbih pulak banyak pulak tu ...tapi sekarang bila fikir balik alangkah indah kalau kita buat solat dan bertasbih kepada Alkhaliq kita kan ... bila lagi nak bertasbih ditambah dengan mengenangkan kesibukan kita dalam melayan dunia...ruginya waktu tu tak wat bebetul sebab bila fikir2 kalau nak wat sendiri2 lagilah...hehe(malas tahap gaban orang kata)...feel buat reramai seronok sangat walaupun ngantuk masa wat for the first time ^^ ....terima kasih Allah,terima kasih ustazah kerana ajarkan atikah camne nak solat tasbih...k dekat cn atikah selitkan sikit nota yang atikah cari dekat internet untuk kita buat solat ni nanti. Harap kalau ade kesilapan mohon ditegur ya...
*nota ni atikah ade edit sikit ikut suka2 dalam penulisan tapi isi dia still sama ...
SOLAT
SUNAT TASBIH
Dinamakan solat
sunat tasbih kerana didalam solat tersebut terdapat 300 bacaan tasbih memuji
Allah Taala.
Jika dilakukan
pada waktu siang 4 rakaat 1 salam .jika waktu malam 4 rakaat 2 salam.
Cara untuk
solat tasbih
1. Sesudah kita
berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca
tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah.
Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca
sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud
yang kedua.
2. Bacaan tasbih
sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca
sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud
yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca
tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah
At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun
Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan
tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah
sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)
Niat solat Tasbih
أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ
ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2
rakaat kerana Allah Taala.
Tasbih yang dibaca
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ
الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada
Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah
Yang Maha Tinggi lagi Agung.
JADUAL TASBIH
Waktu dan tasbihnya(4 rakaat 2 salam untuk solat di malam
hari)
|
Waktu dan tasbihnya (4 rakaat 1 salam untuk solat di siang
hari)
|
Selpas
Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah
surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud
10
Duduk
antara dua sujud 10
Sujud
kedua 10
Selepas
surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk
antara dua sujud 10
Sujud
kedua 10
Sebelum
Tahiyyat 15
JUMLAH 150 X 2 = 300
|
Slps
Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah
surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk
antara dua sujud 10
Sujud
kedua 10
Selepas
surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk
antara dua sujud 10
Sujud
kedua 10
Sebelum
Tahiyyat Awal 15
Selepas
Tahiyyat Awal 15
Sesudah
Fatihah Rakaat 3 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk
antara dua sujud 10
Sujud
kedua 10
Selepas
Fatihah Rakaat 4 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk
antara dua sujud 10
Sujud
kedua 10
Sebelum
Tahiyyat Akhir 15
JUMLAH 300
|
DOA SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ
إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ
أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ
أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى
نَخَافَكَ .
اَللَّهُمَّ
إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ
عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا
مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ
كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana
orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti
mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima
nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang
yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami
memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat
seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai
ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada
Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu,
jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan
maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami
merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh
pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas
dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang
baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.
http://e-mosque.com.my/ibadatsunat/stasbih.html
No comments:
Post a Comment